CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

CADANGAN KU TTG MELAYU ISLAM

Belajar bahasa ibunda

Rasanya belajar bahasa melayu,maksudnya bahasa jawa,bugis,banjar,minang dan aceh lebih baik dan berkesan kpd kita org melayu yg belajarnya dlm silibus pendidikan negara kita dr mengutamakan sgt bhs inggeris yg penting juga dlm pergaulan kita seharian tetapi cocoknya saya merasakan ia amat sesuai pd bangsa kita.Malahan saya nampak belajar bahasa di serantau kepulauan melayu seperti bahasa siam,filipina dan champa itu pun bagus krn menaikkan budaya kita serta mengakrabkan perhubungan serantau kekitaan.Pastinya perkara ini akan berlaku dan mudah berlaku sesama kita kerana bangsa melayu adalah bangsa yang mudah bersatu bila disakiti dan dihina.Apatah lagi bila nampak kebaikan idea tersebut bila digemblengkan.Jadi tidak timbul soal rendah diri pada bangsa melayu yang tinggi dengan adab sopan serta nilai hidup yang tinggi.Juga kita tidak lupa pada bahasa cina,india,singh,asli,kadazan,melanau,iban dan bajau kerana mereka juga sebahagian dari hidup kita.

Awalkan ke Mekah dr segi Umrah dan Haji ketika waktu muda krn ia penuh dgn energy dan peluang utk beramal lebih kritikal dr usia ketika agak berusia.Banyak yg mengelak mengatakan tdk mampu sdgkan pembelian kenderaan,komputer dan pakaian jika dikira utk setahun shj sudah cukup utk ke Mekah jika kita fokus dan yakin.

Yang pastinya saya berpendapat yang bahasa arab itu memang amat penting pada penganut islam kerana ia melahirkan pula penganut islam yang keturunan melayu ketahap terbilang kerana keilmuan kita dalam pelbagai ilmu bahasa.

Jadi,kita mesti memilih antara banyak bahasa yang ada dalam serumpun melayu diterapkan dalam silibus pendidikan negara kita.Cadangan saya lebih kepada bahasa jawa dan bugis kerana ramainya keturunannya sekitar di semalaysia ini.Pastinya perasaan bangga dan sanggup bekorban apa sahaja dalam diri setiap kita akan terlaksana bila sesuatu yang kita fikirkan ada kelestariannya dan budaya itu dijaga dengan bersungguh-sungguh.

Maka bahasa inggeris yang sudah lama terlaksana itu pula tidak dipinggirkan atau sebaliknya tapi diberi ruang yang sama sekata pada bahasa ibunda kita cintai.Cuma kaedahnya belum saya temui untuk dilaksanakan agar seiring dengan impian dan cita-cita kita bersama melestarikan alam ini.