CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 8, 2008

BEBAS

Bebas,mmg apa yg dibuat skrg bebas utk apa shj.Bebas utk menulis,bebas utk melihat apa yg kita mahu n bebas utk mengkritik apa yg kita mahu tanpa kita sedari kebebasan yg kita lakukan melukakan hati isteri kita,melukakan hati ibu n ayah kita hatta melukakan hati kawan n karib kita krn kita merasakan kita bebas utk melakukan apa shj hingga lupa adab n sopan santun yg kita terlupa amat penting sblm mencari apa yg benar n apa yg perlu utk kehidupan ini.Kira nya bila kita dah hampa pada ulama maka jadikan diri kita ini ulama n mohon pd allah supaya diberi ilmu sprt ulama n usaha pun ada kearah utk menjadi ulama.Bila rasanya sudah hampa pd umara,mohon pd allah moga allah beri ketabahan n keluasan akal fikiran sprt umara supaya dpt mentadbir n mengurus alam ini dgn lebih baik n harmoni.Mohon lah pd allah supaya diantara ramai kita ini bakal menjadi ulama n umara @ sekaligus kedua-2 nya.Ramai lah yg marah pd ulama n umara hingga merasakan seolah ulama n umara itu srpt malaikat,seolah mrk tdk boleh melakukan kesilapan n seolah2 tiada kebaikan yg mrk lakukan.Maka kamu jadilah pemimpin dlm keluarga dahulu sblm kamu mahu menegur org ramai di luar sana n bukan lah tidak ada peluang lansung utk menegur masyarakat tapi biar bertempat n tidak buat org rasa rimas dgn nasihat yg kadang2 org melihat balik bagaimana kita mentadbir famili kita.Jika dgn isteri @ anak pun kita tak sanggup nak berkorban utk mrk apatah lagi bila kita di minta utk mengorban kan diri kita pd masyarakat.Maka sering kali lah kita asyik mencari kesilapan org lain hingga kita lupa kesalahan kita itu sekali pun tdk mahu menegur sapa sesama insan sudah cukup menunjukkan betapa angkuh n sombong nya kita pd dunia.Belum lagi allah beri ujian dgn wang berjuta ringgit.Baru ada 2 n 3 kenderaan sudah meng hina pd mrk yg tdk berkenderaan,seolah 2 mrk yg tdk berenderaan itu tdk mampu @ tdk pandai mentadbir.Itu lah sbb Nabi Muhammad bila di beri peluang utk diberi segunung emas sekalipun ditolak krn takut nya krn harta, manusia boleh menjadi sombong n lupa diri hingga terlupa pd org yg memerlukan khidmatnya.Tidaklah pula dilarang mengumpul harta @ mencuba sesuatu yg belum kita miliki tapi kebanyakkan hanyut n susah utk ditegur kalau tidak kena pd tempatnya.Itu yg menjadi susah apabila tidak berharta di cemuh org n bila berharta pula terjadi riak di dlm hati kita.Aku mohon berlindung pd mu ya allah dr sifat sombong n angkuh krn sifat itu merosakkan amalan ku.Jadi apa niat kita bila kita mendapat kelebihan @ kekayaan dr allah n apa pula fikiran @ sangkaan kita pd allah yg men duga kita dgn kesusahan n penghinaan dr masyarakat.Kita suka menduga n mencuba seseorang tapi kita juga lupa org lain juga boleh menduga n mencuba kebaikan n ketelusan di dlm hati sanubari kita.Suka melihat org berkorban apa shj tapi diri sendiri tidak mahu berkorban.Masih ada angin semacam,susah nak senyum pd org lain,mengharapkan org membalas balik senyuman kita bila kita menegurnya,itu semua melambangkan kita hanya mahu habuan @ respon pd org tersebut sdg kan kita tak pernah tahu apa masalah yg ada pd insan tersebut.Yg penting bila kita suka kan kebenaran n keamanan kita tidak kisah jika org yg kita senyum @ beri salam itu jawab @ tidak terserah pd kesediaan yg ada pd mrk,yg penting tugas kita adalah menyebarkan salam sebanyak mungkin selagi hayat di kandung badan hingga insan merasakan kehilangan kita bila kita tidak berada di tempat yg biasa kita beri kan salam n kecerian pd manusia.

IDEA(ILHAM)

Kes 1

Seorang bangsa india ditangkap krn tidak fasih berbahasa melayu.Dia ditahan di depot tahanan warga asing.Disini nampak akan pentingnya setiap warga Malaysia wajib fasih berbahasa Melayu.Semangat akan cintakan negara bagi non Muslim mesti di hayati.

Dari sudut pengurusan pula pembaziran kos telah berlaku selama 1 tahun utk menanggung perbelanjaan hidup wanita bersama anaknya.Bayang kan jika perkara ini berlaku pada setiap negara yg ada di dunia ini.Byk wang yg dpt di salurkan pd perkara yg lebih bermanfaat sprt kos utk kursus pendidikan percuma bersyarat bg rakyat yg berpendapatan rendah atau mempunyai ahli keluarga yg ramai utk di tanggung.

Kos pengurusan tadi juga terlibat bagi pegawai yg bertanggungjawab,kos minyak,kos tekanan hidup utk pegawai yg terlibat,kos masa terbuang,kos ruang tempat tinggal,kos keluarga terbabit utk mencari jln penyelesaian di mahkamah n byk lagi kos yg tertanggung hanya kesilapan yg tidak profesional.

Jadi,bukan mudah utk menjadi pegawai penguatkuasa yg mempunyai kuasa menentukan kelancaran pentadbiran negara serta penjimatan wang rakyat dunia amnya.

Friday, September 5, 2008

Masaalah yg berlaku di dlm Usim ( Universiti Sains Islam Malaysia )

Perkara yg berbangkit melibatkan perhubungan yg tdk selesa terjadi ksn kelembapan pengurusan terutama dlm menilai diri mereka ttg apa itu mengurus krn secara lansung juga ia mempengaruhi tingkah laku & peribadi yg mereka tonjolkan setiap hari.Kami melihat anda setiap hari dan kami senantiasa bergaduh antara kami mencari jalan penyelesaian yg terbaik utk semua yg sepatutnya juga kamu yg pandai mengurus terlibat bersama kami dlm gerakan kerja yg perlukan komitmen & pengorbanan yg tinggi nilainya kerna perkara gerak kerja akan terlihat bila ia benar2 dtg dr hati,bukan dr bicara yg indah dan panjang lebarnya tapi perbuatannya mengundang kebencian dan kebosanan kerna penciptaan idea baru itu disekat atas dasar2 tertentu,yg akhirnya kita penat bertelagah antara sesama kita untuk bergaduh dan bukan utk membangunkan MODAL INSAN.

Pertama ketidak selesaan antara pemandu dgn pelajar yg mana salah menyalah terjadi krn ketidak fahaman ttg nilai pemikiran masing2.Yang patutnya pelajar itu lebih memahami dan mendalami pemikiran pemandu itu utk tindakan proaktif & hubungan yg mesra krn sepatutnya ilmu yg mrk perolehi adalah di amalkan dan penonjolan akhlak yg mulia kerana kesemua mrk adalah dr jurusan agama yg belajar nilai agama islam berbelas tahun lamanya dan sepatutnya dapat menarik minat pemandu usim utk lebih dekat dan mengenali agama itu,bukanya menyebabkan semakin jauh lagi perhubungan antara kita yg akhirnya kita semua yg rugi apabila terjadinya sesuatu krisis yg memerlukan kasih sayang & pengorbanan yg ikhlas.

Kesatuan Di Dalam Hati

Ia amat penting dalam kehidupan krn tanpa kesatuan di dlm hati byk perkara yg di ingini sebenarnya tidak tercapai krn masing2 tdk bulat n muafakat dlm menilai sesuatu perkara.Dan perkara yg ingin di nilai pun harus bermanfaat kpd sesiapa pun hatta kpd haiwan & alam seluruhnya.

Maka mmg lh amat berat sebenarnya utk menjadi seorang yg agak kritis atau mendalam ttg sesuatu perkara krn ia memerlukan pemerhatian & byk meluangkan masa dgn alam & ilmu.

Alam itu termasuklah manusia,berjalan di muka bumi allah,melihat tumbuh-tumbuhan yg melata,bermain dgn haiwan sprt kucing,burung & sebagainya bg memahami kewujudan mrk amat penting & berkaitan antara satu sama lain.Manusia adalah haiwan & haiwan tetap haiwan.Dan kita semua adalah hamba allah.Maka berdegup lah jantung kita ini pabila perkara yg tadi direnung sebaik-2 nya utk pembersihan hati & kekuatan hati yg perlukan tafakur setiap hari yg juga perlukan seorang sahabat yg setia utk di kongsi bersama dlm kesatuan hati yg kita amat perlukan dlm zaman moden ini.

Hati yg baik itu akan menjadikan modal insan bertambah nilainya disamping nilai tambahan yg lain sprt penambahan ilmu @ kecintaan nilai keilmuan.Insan yg baik sentiasa akan dinilai oleh alam ini dgn perkara yg baik juga krn mrk sentiasa melakukan aktiviti yg bermanfaat & gerak kerja yg proaktif & aktif & senantiasa optimis dlm menilai kehidupan setiap hari & akan dtg.